Oh Allah,I almost sold Islam for twenty pence!

May 2nd, 2007 by nottinghasy

Salaam ‘alaikum wbt

This
story is taken of maisarah’s
blog(http://myariff.multiply.com/journal/item/50) which is taken from
someone else’s blog which is…oh whatever. Anyway it has a very
intriguing message in it.Hope evryone including me can take lessons
from this.This is how it goes:


Several years ago an Imaam moved to London. He often took the bus
from his home to the downtown area. Some weeks after he arrived, he had occasion to ride the same bus.When he sat down, he discovered that the driver had accidentally given him twenty pence too much

change. As he considered what to do, he thought to himself, you
better give the twenty pence back. It would be wrong to keep it.


Then he thought, oh forget it, it’s only twenty pence. Who would
worry about this little amount? Anyway, the bus company already gets too much fare; they will never miss it. Accept it as a gift from Almighty Allah and keep quiet.


When his stop came, the Imaam paused momentarily at the door, then he
handed the twenty pence back to the driver and said "Here, you gave me too much change."


The driver with a smile replied "Aren’t you the new Imaam in this
area? I have been thinking lately about going to worship at your mosque. I just wanted to see what you would do if I gave you too much

change."

When the Imaam stepped off the bus, his knees became weak and soft. He had to grab the nearest light pole and held for support, and looked up to the sky and cried "Oh Allah, I almost sold Islam for twenty pence!"
 

Gitula citenye.Selama ni maybe kita
take for granted the way we behave in public,thinking that we are what
we are and thats the way it is.But we keep forgetting that every nuance
of our actions is automatically interpreted as "muslim’s action’s" or
"budak usrah’s actions" or "budak-yang-slalu-foward-tazkirah’s actions"
di mata orang2 di sekeliling kita.We like it or not,we will never know
when our actions will be looked thru electron microscope by other
people. Therefore, i urge myself first, yang perangai tah hape2 ni,to
try to be slightly more conscious in our behavior,because we just dont
know what impact it has to the people around us.Even if that wasnt
enough to convince us to change,renungkanlah firman allah  yang
bermaksud:             

"sesungguhnya Tuhanmu benar-benar mengawasi"                                               [surah al fajr 89:14]

For the sake of reflection:

A)name 1 thing you did today in
front of other people that can be considered exemplary i.e. very much
in line with the way the quran and the sunnah want it to be like.

B)name 1 thing that u did that
is…well..merepek dan tah hape-hape yang boleh membuka pintu utk
sesiapa bertanya at least dalam hati "laa macam ni ke orang yang kate
amalkan islam seluruhnya?"

I can name quite a few for my (B) uhuhu….

-asyraf-

Couple ni x best?yeke?

April 27th, 2007 by nottinghasy


Assalamualaikum WBT

Amidst all the revisions and studying(bak kate ustaz saleh study terlentang terlungkup),i found this copy-pasted cheeky opinion and thought that it is interestingly filled with truth that makes lot of sense.applicable to me,you,your fren,your neighbour,your brothers,your coursemate,lab partner,everyone who’s seeking allah’s blessing’s basically.heheh anyway here it goes!

Memang betul orang bercouple ni
akan cepat bercerai(tengok la orang
sekarang ni, kawin tak sampai setahun
dah cerai, rugi betul! Nak kahwin
sekarang mahal tau). Caye ke tak?
Takpe,
korang baca dahulu fakta-fakta ini:

Orang bercouple ni, diorang dah puas
tengok muka antara satu lame lain. Bila
dah kahwin tu, diorang lagilah bosan
tengok , ?asyik muka ni jee, takde muka
lain ke hah?? gitulah gayenye bisikan
hati diorang. Ha, logik tak? (sebab tu
Islam suruh pakai niqab(penutup muka),
biar muka tu special untuk suami korang
je tengok)

Sebab diorang dah couple lama, diorang
dah tahu keburukan masing-masing, Cuma
tak berani nak luah lagi masa tengah
bercouple tu, sayanglah kononnya, tak
nak lukakan hati yang tersayaaang. Ha,
bila dah kahwin, mulalah rasa benci.
Bile dah benci, maka keberanian untuk
menyerang yang disayangi suatu masa
dahulu pun timbul. Apalagi, perang
dunia
pun meletus dan terlontarlah dengan
lancar dan lawasnya talak itu.

Bile bercouple ni, diorang sememangnya
akan melakukan maksiat-maksiat yang
memang tak mampu disangkal lagi akan
mendapat kemurkaan, kemarahan dan
kebencian Allah. Kalau Allah dah murka,
manakan rumahtangga nak aman dik
ooiii!!!

Biasa tengok orang bersilat tak?
Biasanya kalau langkah awal tu dah
sumbang, langkah seterusnya akan terus
bertambah sumbang dan sumbang.
Cengginilah jugak couple ni, apabila
langkah awal untuk hidup bersama dah
dicemari dengan kesumbangan akhlak maka
kesumbangan langkah seterusnya akan
mampu menenggelamkan bahtera kapal
indah
yang baru berlayar. Mana tak
tenggelamnya kalau kapal bocor. Kesian
betul!! Kos kenduri kahwin je dah
beribu
kau tau tak! Ni sedap-sedap je nak
cerai.

Korang tahu tak kenapa kek tu sedap?
Tahu tak? Kalau nak tahu, kek sedap
sebab dia jarang dimakan. Jadi, orang
bercouple ni diorang dah biasa sangat
antara satu sama lain. Bila dah biasa,
ke ?special?lan antara satu sama lain
sudah biasa dirasa. Jadi, hilanglah
kespecialan tu, sebab masing-masing dah
kenal sangat-sangat antara satu sama
lain. Sebab tu lah, bila kahwin je,
terus cepat muak, meluat, bosan , benci
dan rasa nak muntah bile tengok muka
si dia.

As the conclusion, from my research, I
as the scientist can conclude that all
of the factors above make the couple
feel bored fast to each other when they
are getting married. The feeling want
to
have a couple is a ?lumrah? or ?fitrah?
but we can?t ?layan? the fitrah. We
must
fight our ?nafsu?. My advice, lets make
your marrying got the blesses from the
God because He is the controller of all
thing in the word.  

-end-

10 amalan yang terbalik dalam masyarakat kita

April 12th, 2007 by nottinghasy

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut- ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1.
Amalan kenduri aruah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk
keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga
tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan
belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang
hadir makankenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta
anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati
yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.
Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan
kenduri.Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam
tak berisi.Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut
memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana
tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah
pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita
berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di
rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak
berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau
menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak
makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang
dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.
Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.
Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan
dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya
perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan
kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan
membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah
tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah
kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak
bermusafir, maka dibuat kenduri.Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita
mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau
anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen
walau pun banyak belanjanya.Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau
solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau
kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar
sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran
nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar
tangan.Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang
jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus
periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang
malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi
kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid)
tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh
tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya
segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah
samada dengan suami atau tidak,bukan main lagi berhias. Tetapi kalau
duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu
berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan
amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia. Cukup
dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup
kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah
mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang
menentukan peraturan hidup kita.

~ Selamat Jalan Huda Sayang~

April 10th, 2007 by nottinghasy

~ Selamat Jalan
Huda Sayang…

Jam dinding berdeting beberapa kali. Pukul 3 pagi. Entah kenapa aku
terbangun dari tidur yg lena. Kutatapi wajah ’sahabat’ akrabku sedalam-dalamya.
Kubelai perlahan rambut ikalnya yg menutupi wajahnya… Kau cantik sayang,do u
know that
?… bisikku perlahan. Tanpa disedari, usia perkahwinan kami telah
mencecah tahun yg kelima. Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata
sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang
anak…walaupun cuma seorang. Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi
dalam setiap sujudku. Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawa kami berdua
adalah normal.

Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan.Aku sendiri,walaupun sebagai doktor lulusan
University of Nottingham,UK pun sudah hampir mati akal dibuatnya.Mungkin benar
apa yang dikatakan Doktor Alhady dua tahun lalu; “Bersabarlah, mungkin anda
berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. Mudah-mudahan
dimakbulkan doa anda berdua…” Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua
ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak
….Pasti! “Huda….bangun…jom kita solat.” Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia
mengeliat ….Aku tersenyum melihat wajah comelnya yg keletihan.Letih menguruskan
rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan
Kanak-Kanak Al-Usamah miliknya. Tentu dia penat melayan karenah
‘anak-anak’nya.Ahh…Im so grateful i have you Huda..

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg
panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana
dalam firman Allah… (al A’raaf : 189 ) yg bermaksud : ” Ya Allah jika Engkau
memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur…”
Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku
dapati Huda dah berada di belakangku…Wajahnya masam, merajuklah tu. Kurenung
wajahnya dengan riak lucu.” Kenapa ni…? Muncungya mulut…boleh gantung baldi..”
usikku dalam nada separuh berbisik…. Semakin menjadilah rajuknya. “Kenapa abang
tak kejutkan Huda…?” Protesnya… Aku tersenyum cuma. “Dah, abang tengok cik adik
letih sangat…bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar…” Akhirnya
Huda mengalah, tapi bersyarat…Jangan tidur sampai dia selesai solat malam.
“Baiklah tuan puteri banyak songeh,patik  menurut perintah.” Usikku lagi.
Huda tersenyum lebar.

Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.
Dia kemudiannya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu , sambil kami
menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :
“Abang…..nikah jelah satu lagi” Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku
memang amat mengharapkan keturunan. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..!
Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain.
Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang
kami alami sekarang ini .

Sanggupkah aku memikul bebanan ini ….? “Hai…tak jealous ke nanti…?"
Umpanku pula."Cemburu…..emmm, itu

kan

memang fitrah manusia bang…takkan Huda tak cemburu. Aisyah pun cemburu pada
Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi,kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? Hujahnya panjang lebar.
“Hai…Takkan tak cukup lagi ‘anak-anak’ di tadika..?" “Abang niii..Itu
lain. Itu bukan dari zuriat abang. “Macam mana kalau isteri kedua abang pun tak
boleh lahirkan zuriat..?” umpanku lagi.. “Kahwin satu lagi..” “Kalau tak dapat
anak juga…?” Usikku terus.”Nikah lagi.kan boleh sampai empat..!” Jawab Huda dalam nada semakin kendur.Alolo buat muka kesian
pulak
.“Huss..Huda!Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi Ibrahim bapa
Ismail…berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. ” Kutamatkan
dialog ini seolah-olah marah kepadanya…Kudakap erat Huda…ada titisan panas yg
membasahi dadaku.

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh…umurku sudah merangkak
33 tahun…Uban di kepalaku sudah meningkat bilangannya …Berbanding ketika awal
pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku.
Sehingga ke saat ini, Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi
cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa
disediakan Huda hari ini….Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda
menarik lenganku…dengan nada manja sambil berkata..: ” Happy anniversary my
dear hubby
..”

Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku. Sambil mataku mencuri
pandang hadiah di atas meja.Ada sampul surat yang berlogo Hospital
Pantai Ayer Keroh. Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut. Huda dengan
pantas menghalangya. “Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat !Cik Abang ni
tak sabarlah..” Protes Huda separuh merajuk. “Oklah sayang.” Ku pendamkan rasa
ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan..
“Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu. Kami berbalas suapan..
dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi..”Subhanallah..Maha suci Allah,..Tuhan sekelian alam..!!”
Huda hamil..!! Masya Allah, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku
tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.

Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti; tika ini… tangisan
SYUKUR..! “Kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?” Tanya ku seperti
memprotes..”Kalau beritahu tak surprise lahhh…” Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba
aku rasa bersalah…Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa
kurang selera makan. Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya
yang baru…Ditambah pula dgn kesibukanku di klinikku dan ‘kewajipan saham
akhirat’. Aku benar2 lupa untuk memeriksa dia sebagai seorang doktor.
Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah…Patients berlambak-lambak kat klinik
tu aku rawat,isteri sendiri pulak yang aku terlepas pandang.uhuhu.Sejak berita
itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku…segala
hajatnya kupenuhi. Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah
driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua
aktivitinya…Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan
dia..

Biarkan dia menjadi ibu yang ‘luar biasa’. Ibu yang ‘luar biasa’ akan
melahirkan anak yang ‘luar biasa’…Ketika aku ttp meminta dia memenuhi
hasratku…dia berkhutbah panjang. “Abang sayangg…abang kata nak jadi seperti
Zakaria bapa Yahya…Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah…
Abang…kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau
mujahidah…kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya…jangan manjakan
ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakal lahir ini…
bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali Abi Thalib..? Abangkan
tahu…kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak…Dengan kesusahan
barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya
diteruskan, aku terus meletakkan tanganku di mulutnya..’Stop honey’.. Aku faham
je dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam…Cuma aku sendiri
pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa…Peluh mengalir
laju membasahi dahinya…Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas…! Seingat
aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 Mei…hari ni baru 26 April. Aku panik..
Aku segera membawa Huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm
hatiku. Aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku
mundar mandir..Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anakku..bisik ku berulang
kali.. “Encik Asyraf..?”..Dr Khadijah…pakar sakit puan rujukan isteriku…
“Ya…saya doktor…” sahutku cepat..

Kuhampiri Dr Khadijah

“Boleh kita berbincang sebentar…” Minta Doktor sambil mengajakku ke
bilik rundingan..

Saya harap Encik Asyraf bertenang…Isteri encik menghadapi
sedikit masalah…air mentubannya dijangkiti kuman.Aku tersentak.” Acute
chorioamnionitis ke doctor?”Dr Khadijah sedikit terkejut mendengar
perkataanku.Die terlupa aku ni doctor juga agaknya.”ya Dr Asyraf,itulah
masalahnya sekarang.Puan Huda perlu dibedah segera..” “Hmm buatlah apa yang
sewajarnya doktor.. Tapi what are the chances for my wife  doktor..?” Tanyaku dgn nada separuh
ketar…bimbang. “Saya akan cuba sedaya upaya untuk selamatkan kedua-duanya.Yang lain kita pulangkanlah pada Allah. Sama-samalah kita berdoa ..”Suara
tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya Allah…selamatkanlah
isteriku…Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku… Dalam sujudku
yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon
limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku
cari ketenangan dalam solatku…tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di
luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik…aku terdengar suara
tangisan bayi…alangkah lunaknya. “Encik Asyraf..?” “Ya..saya..” “Alhamdulillah
isteri encik telah pun melahirkan bayi perempuan yang sihat…2.9 kg dan comel
seperti ibunya.” kata Dr Khadijah tenang…”Alhamdulillah…Isteri saya bagaimana
doktor.?” Dr. Khadijah terdiam…tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh
tubuhku…

Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya… Tiba2 doktor
menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika…
“Maaf, saya telah berusaha semampu yg mungkin…Tapi Allah lebih menyayangi
Huda…” Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung…Perlahan aku
mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan…Kurasa seperti seretan kaki ini
sungguh lemah dan tak berdaya…Sesusuk tubuh ditutup dgn kain
putih…terbaring…Perlahan aku membuka kain penutup..Innalillahi wainnailaihi
raji’unnnn…Dari-Nya kita datang…kepada-Nya kita kembali… Wajah Huda pucat…tapi
bibirnya terukir senyuman manis…manis sekali…tanpa ku sedari ku dakap Huda
seerat-eratnya…tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! “Sabar Encik Asyraf…sabar..”
Terdengar suara doktor Khadijah cuba menenangkan aku.”Nurse… tolong bawa anak Encik Asyraf tu..” katanya lagi…

Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan di hadapanku…perlahan kuambil
dan kudakap bayi itu…Kutatap wajahnya berganti-ganti dengan Huda..Mereka amat
mirip.! Matanya, hidungnya, mulutnya,kulitnya yang putih bak salju.
Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin
menjadi-jadi…Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata… “Iqamahkan
anakmu, Asyraf…sambutlah yang hadir…doakanlah yang kembali..” Huda… rupanya
inilah hikmah Allah…Maha Kuasa dan Maha Mengetahuinya Allah…Dia memberi
kesempatan kepadaku menemanimu, mengasihimu, hampir selama lapan tahun…utk
akhirnya memanggilmu setelah dikurniakan gantinya…

Ya Allah…jangan biarkan hati ini berandai-andai… Seandainya kami tidak
mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda… Tidak… Tidak…itu semuanya
ketentuan-Mu Ya Rabb…Tuhan yang Maha Mengetahui…Lagi Maha Pengasih… Selamat
jalan Huda sayang~…


Edited from original version(not my own cerpen)
1255pm,110407

 

Haihh budak skola agama nih…(termasuk aku)

February 17th, 2007 by nottinghasy

Zaman sekolah ber ‘ana-enti’,
Sekarang hilang buang ke longkang;
‘Aku-engkau’ jadi pengganti,
"Ana rindulah sama SMAP Kajang"

Bertudung labuh ayu sentiasa, (yeke?)
Ikhlas atau peraturan semata; (seems more like the latter)
Sekarang ni gaya ‘hebat-hebat’ belaka,
Entah bila nak ‘ayu’ semula.

Cakap siang pandang-pandang,
Cakap malam dengar-dengar;
Batas pergaulan makin berkurang,
Dah makin lupa apa ustaz ajar.

Dulu cakap dengan sisters jarang sekali,
Batas pergaulan punyalah jaga;
Sekarang pampang gambar dengan buah hati, (kt Friendster)
"Bro, rasa malu tu campak pergi Thailand ka?"

Dulu bahasa bukan main jaga,
Bukan apa, takut terbuat dosa;
Sekarang dah pandai bahasa gila-gila,
Gara-gara orang kutuk "engkau ni skema"

Dulu berlumba-lumba dengan member,
Hafal Quran gila-gila;
Sekarang Quran kumpul habuk saja,
"Alah. Aku banyak kerja lain la…"

Ustaz selalu cakap kat kita,
Jadilah contoh muslim sejati;
Tapi sayang kebanyakan leka,
Bila dunia diletakkan di hati.

Orang cakap budak sekolah agama berkualiti,
Baik, berakhlak lengkap semuanya;
Sayangnya indah khabar dari realiti,
Bila melihat pada fi’il anak didiknya.

Bila ditegur angin satu badan,
Konon sudah tahu belaka;
Kalau dah tahu kenapa teruskan,
Seronok sangat ke kumpul dosa?

Macam tu lah kalau terasa diri hebat,
Nama pun lepasan sekolah agama;(skola agama SBP tuh)
"Tak payah lah kau nak bagi nasihat,
Kau ingat kau tu baik sangat ke?"

Itulah realiti budak sekolah agama,
Majoriti terkejut dek dunia luar;
Akhlak dan ilmu dalam pagar sekolah saja,
"Tak sesuai lah semua-semua ni kat luar!"

Kasihan ustaz mengajar kita,
Kasihan mak bapak nak anak jadi berguna;
Kita ambil sambil lewa,
Alasannya kita bukan insan sempurna.

Memang insan tiada yang sempurna,
Kerana itu dituntut berusaha;
Tak guna ilmu penuh di dada,
Jika tak berusaha menghayatinya.

Bukan mengeji bukan mengata,
Teguran ikhlas dari jiwa;
Teguran buat diri saya juga,
Saya juga insan penuh dosa.

-edited from ori version-
915am
 

Kenapa kena tunggu snow?

January 27th, 2007 by nottinghasy

Haha time2 abes exam ni tetibe rase nk menaip pulak….

So,ha,nape kena tunggu snow??? jwblaa!!

Pehal mamat nih…tetibe tanye camtu…kau ok x ni acap?

Hehe ok2 siyes2…nk tulis blog tulisla btul2(ckp kpd diri sndiri)

SNOW!

Ha…aritu kan,kt sini,(its nottingham,UK in case u dont know)dan kawasan2 yang terlibat seperti leicester,manchester etc,it was SNOWING tauu

Time malam tu,mmg nmpakla ke-excited-an student2 msia esp kanak-kanak first year.Klau x caye tgkla gamba diorang terlompat2 terbaling2-bebola api,eh salji,pastu dok sibuk amik gamba dgn org salji yang kdg2 dibuat dgn penuh teliti sampai jd lebih hensem/comey drpd org yg membuatnye(ade org terasa tak heheh)

AND WHERE WAS I?

Aku lak watpe time tu?

Ha,kitorang bdak medic time tu,ade exam 3-straight-hours the next day Kidney-Endocrine-Nutrition.So dgn patheticnye,kitorang meneruskan study group berlatarbelakangkan langsir yg disingkap supaya at least dpt tgk keputihan dan keunikan peristiwa snowing tersebut.In contrary,bdak2 engin umah kitorang lak,dengan kain2 pelikatnye pegi keluar main salji tangkap2 gamba bla bla bla.

Akmal’s word summed it up "eeeei apela malang nasib aku kena spend malam romantik macam ni dengan korang berdua"

Aku dgn Muaz segera membalas "pastu kau ingat kitorang ske sgt aa spend snow night terperap dalam bilik kau yang bersepah ni?" hahaha kitorang menggelakkan masing2 yang kena spend time dgn masing2 di malam yg indah itu…

THE POINT

So apekah point aku?

Sbnarnye,for a start,mmg nk acknowledge aa snowing tu mmg indah,sejuk,best,unik, dan ape2 yg sewaktu dengannye la.Mmg itulah saat di mana hati-hati(plural utk hati,bukannye berhati-hati mcm ‘be careful’ tu) terasa tersentuh dengan keagungan dan keindahan ciptaan Allah yang bernama snow itu.

NOW THAT’S MY POINT! KENAPA KENA TUNGGU SNOW baru ringan bibir melafaz ‘Masya Allah,indahnye ciptaan Allah‘? kenapa masa snow baru nk puji betapa kompleksnya kekuasaan Rabb? kenapa kena ada satu event yang ‘impressive’ seperti snowing ataupun tsunami baru kite nk point out-"ha tgk tu,kekuasaan Allah".

No qualms,all those mmg tanda2 kebesaran Allah yang obvious.The thing is,how often bnda2 yang ‘amazingly impressive’ berlaku dalam kehidupan seharian kita?

Kalaulah ‘impressive events’ tu berkadar terus dengan ‘kadar kita acknowledge ciptaan Allah,maka,mmg alamatnya sangat sedikitlah puji-pujian kita terhadap Allah walhal sehari at least 17 kali kita claim ’segala puji bagi Allah,tuhan sekalian alam(thats alhamdulillahi rabbil ‘alamin in Fatihah,in case ur blur)

So ape yg agak2 cmne kita(read:saya!) nk kena improve?

LIHATLAH DENGAN AINUL I’TIBAR

Kita tak perlu snow utk melafazkan pujian terhadap ciptaan allah.Dalam kehidupan seharian kita ade byk tanda2 Allah yang kite pastinya dapat lihat,tapi jarang2 kita ambil pengajaran.

Ade banyak benda2 yang menjadi bukti kekomplexan ciptaan allah tapi we all take for granted,sometimes too much too often

Kadang-kadang,kita lebih tertarik untuk melihat benda2 pelik seperti pokok berupa manusia atau ladybird berbentuk muka bush or whatever,tapi kita x perasan dgn tanda2 kekuasaan allah dalam diri kita sendiri ataupun benda-benda sekeliling kita yang kita slalu tengok.Bak kate pepatah, "tak payah susah-susah pergi jauh2 ke Taiping utk tengok pokok yang ade rupe manusia untuk melihat kebesaran Allah,tengok bini kau pun dah cukup"(sedap hati jek reka pepatah sendiri :P)

Samada bini dia tu cantik gemuk putih hitam kurus ke ape ke its a different issue altogether

Ayat 190 Surah Al Imran ade merakamkan- "Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan
siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,"

Apekah yang dimaksudkn Allah dgn ‘org2 berakal’? jawapan die senang jek,ade dalam ayat selepasnya-

"(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam
keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi
(seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan
sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka"
191 Al Imran

Thats right,itulah sikap yang kita kena adopt.

Pasni,bebile kit nampak the slightest of the magnificence of allah’s creation,be it muka kawan kita yang comot,pokok yang tumbuh sesudah hujan,jari kelingking yang boleh bergerak kerana action of muscles called extensor dan flexor digiti minimi, rambut kita yang tak sakit bila digunting kerana dibuat daripada keratin dan bukannya cell,nikmat tidur dalam duvet,kebolehan smash masa main badminton,duit di dalam poket kita yang Allah takdirkan untuk kita,course kita yang Allah dah tetapkan untuk kita dari awal lagi, etc etc -SEMUA ITU MENGANDUNGI TANDA2 KEBESARAN ALLAH,IF WE HAVE ENOUGH AWARENESS FERMENTED WITH AKIDAH YANG SALIM DAN IMAAN YANG SUCI.

SEMUA BENDA ADALAH (BUKAN SAHAJA JIRIM) TAPI WITHIN QADR-PENGETAHUAN ALLAH

Semua benda,with that i mean ABOLUTELY EVERYTHING.Tgk ayat nih

"Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada padaNya,tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun
yang gugur yang tidak diketahuiNya.Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula suatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis dalam Kitab yang nyata( Lauh Mahfuz)"

(Al-An’am: 59)

Sebagai penutup,dalam masa 15 saat,namakan 3 kekuasaan Allah yang immidiately spring to you mind skarang.

N dont stop there,together-gether lets make it a habit,kay?

Aqulu qauli haza,
-asyraf-
Room 3,57 highfield road
907am
background song-mutiara hati-theme song(cute!)
mood-merdeka(if thats a mood)
status-lapar(stok umah sume abes time2 xm cmni)

<<n>>

if (!document.layers)
document.write(’

Apabila Syarifah Amani cakap I sound stupid when I speak in Malay

August 20th, 2006 by nottinghasy

If you live in a cave lately and
you have no idea whats the title is all about,you don’t have to stop reading
now coz I will give you the background knowledge needed to understand this
entry.

Basically Syarifah Amani,a relatively new actress in our filming
industry,won a Best-Actress Award during Malaysian Film Festival ke-Brapentah
for her role in Gubra film and she started her speech by saying that-‘I sound
stupid when I speak in Malay
’.

The next day,most people expressed their annoyance
and outrage in daily newspapers,some even cadangkan supaya anugerah dia tu
ditarik balik sebab menghina bangsa sendiri dan salah satu akhbar sisipan
Berita Harian even ada contest yang memerlukan slogan ‘rakyat Malaysia yang
tidak tahu berbahasa Melayu ………….(tidak lebih daripada 15 patah perkataan)

     OK enough
background knowledge.Here I have a question.Kenapa KITA marah? Aku jawab
sendiri-sebab kita too used to associate ourselves with Malay.

 What the hell is
wrong with that,we ARE Malays!
,u may argue.Well
of course,but please don’t forget that we ARE Muslim as well!And just how much do we associate ourselves to Islam compared to how
much we associate ourselves to Malay?

    How much do we feel that we are a part of
a 3million  Muslim community globally compared to
how much we feel we are a part of Malay community which comprises of 60% of
Malaysian citizens?

    If we are annoyed if let say Thailand wants to take
Kelantan(fat chance!),do we feel equally so when we aknowledge that the Israelis wants to
conquer Palestine?

    Hanya KITA yang ada jawapan sebenarnya,tentang siapakah
KITA? Dlm menjawab soalan tu pulak aku rasa kesnya sama jek dengan soklan
Siapakah idol kita? Arguably most people will say Rasulullah SAW but how much
do we practice his sunnah?Note that I said WE coz I definitely feel that
somehow me myself included in that
cakap-ye-ye-jek-tapi-kita-selalu-amal-ke-tak
category.

 

Back to
what Syarifah Amani said.Personally,I think there could be two meanings when she said I sound stupid when I speak in Malay-

 
a)
I sound stupid when I speak in Malay because bahasa melayu
ni bahasa untuk org2 stupid jek and hence I will sound stupid if I speak bahasa
melayu ni.

-Based on general outrage in our newspapers,aku rasa most
people tafsirkan kata2 dia mcm (a) ni.kita tengok tafsir (b) pulak

 

b)I sound stupid when I speak in Malay because I don’t speak
Malay much in my daily life so my malay is extremely broken.So much so that if
I decided to speak malay in my speech I will sound stupid because there will be
many grammatical mistakes or wrong usage of words or <insert language error
of your liking here>

-Personally,bearing in mind that I don’t know Syarifah
Amani,I think she meant no. 2.But that’s not what I want to ramble
about here.

 

    What im interested about here is aku nak tanya diri aku sendiri,apekah yang
membezakan (a) dan (b)?Lafaz sama kan?

    Haaa
tepat sekali,yang membezakannya adalah NIAT.Hadith no. 1 dalam Hadith 40
karangan Imam Nawawi ade cakap pasal ‘setiap amal itu adalah berdasarkan dengan
niat’dan niat tu pulak datang daripada mane? Ya itulah HATI.

  Ape Rasulullah
cakap psl hati pulak?

<<Ketahuilah dalam badan manusia ada seketul daging.Jika
baik daging itu maka baiklah seluruh badannya.Ketahuilah,daging itu adalah
HATI>>

 
Ha…tak ke penting hati ni?(cis im trying hard not so sound like berleter here)klau kita nk tgk amalan seharian kita,sebenarnya ibadat hati itu lebih
penting daripada ibadat zahir.Adakah aku kata x payah buat sembahyang tapi guna
hati jek? Of cozla bloody obviously NOT . I mean dalam ibadat2 zahir yang kita
buat,contohnya sembahyang or tolong kawan buat homework or berzikir or doa
supaya dapat jodoh cepat etc,peranan hati sangat2 penting dalam menentukan
kualiti ibadah kita tu
.

    Contohnya klau Rooney(bukan nama sebenar) sembahyang
zuhur 4 rakaat tapi sepanjang 4 rakaat tu hati dia ‘merayau2’ dan asyik fikir
pasal 2 gol yang dia jaringkan malam tadi or psl suspension dia  or psl gf dia Coleen etc.

    Tapi kalau 4 rakaat tu let say
Gerrard(bukan nama sebenar)sentiasa hadirkan hati,hayati makna,cuba khusyuk
sedaya upaya dalam sembahyang,agak-agak siapa yang Allah akan bagi lebih banyak pahala dan
catatan balasan baik?tentulah Gerrard kan?Nampak tak?padahal dari segi perbuatan
zahir lebih kurang sama jek,dua2 Rooney dan Gerrard sembahyang 4 rakaat tapi yg
membezakan kualiti sembahyang mereka adalah ibadat hati.Klau tak nampak gak probably youre not too clever…hohoho jangan marah.Bnda senang kot,of cozla sume nampak ;)

 

    Isu ibadat hati ni dibincangkan oleh As-Syahid Imam Hasan Al
Banna dalam bukunya Usul 20.Sape2 yang minat boleh check out.

 

Conclusion-nye tanya diri kita dua soalan-

 

1) Siapa KITA? dan

2) Berkualitikah ibadat hati kita
sewaktu kita menunaikan ibadat zahir?

 

Wassalam.

 

p/s MU trashed Fulham 5-1!

Who would you choose to live?

August 18th, 2006 by nottinghasy

 2 patients-one happy go lucky blond
woman and one witty black man in his late 30s.They barely know each other for few
hours when they met on a train until a horrible train accident connects them
closer.Literally?not exactly;because as a result of the accident they have a
metal rod pierced through both of their bodies.Dengan kata lain,sebatang besi
yang sama telah menembusi badan 2 org ni kat bahagian dada,x ubah macam sate.

Doktor-doktor yang merawat
bingung.Mereka tidak boleh mencabut besi panjang itu begitu sahaja sebab the
risk of aggravating internal injuries is too high.Organs will be shifted and
there will be many complications beyond repair.Then Dr. Burk mencadangkan
supaya badan salah seorang daripada mereka digerakkan keluar manakala patient
lagi satu would stay still.Dengan cara ini pesakit yang tidak digerakkan itu
mempunyai peluang yang jauh lebih tinggi untuk hidup kerana risiko kecederaan
yang minimal.BUT,there is a big BUT because in this way,pesakit yang digerakkan
itu besar kemungkinan akan mati. 

Masalahnya di sini.WHO WOULD YOU
CHOOSE TO LIVE?

 Dr. Burk :I think the woman already have
extensive internal injuries.Her chance of survival is quite low.If we could
move her,there is a good chance that we could save him.

Dr. Shepherd : Well I could argue that since her injuries
are more extensive,we could move him and try to do our best to save her.

 
 A period
where no one talk followed…..they know they have to decide quickly because the
longer they wait the higher risk of infection will be.Somebody HAS
to be sacrified and it is the doctors’ choice.Which one would they choose?

 

 Life,is
always like that.Full of decisions to be made every second,each decision affects
the way we live our lives.Bak kata Ustaz Salleh,dalam hidup ni kita sentiasa
‘berperang’.Nak pegi Usrah ke nak tengok Barca lawan Chelsea? Nak study ke nak
main Counter Strike? Nak tegur kawan yang nampak macam x smayang ke nak buat
tatau?

 

 Setiap
decision yg kita buat matters.Klau kita selalu menang ‘peperangan’ yang macam
Ustaz Salleh cakap tu insya allah hidup kita akan menjadi orang yang tenang+bahagia
selalu.Tapi benda tu bukan senang.Syaitan sentiasa menghasut kita untuk memilih
tgk Champions League daripada pegi usrah.Dia hasut lebih kurang macam ni-[ala
takat usrah tu..minggu depan pun boleh pegi lagi…klau Champs League ni pasni
dah takde dah semifinal Chelsea lwn
Barca.baik kau tgk bola muahahaha].Takpun dia hasut benda ni- [eke lee watpela
nk baca Quran banyak2 sgt….bkannye kau faham sangat pun…dah aaa baik kau study
psl anaemia tu lagi bagus,lagipun peksa da dekat ni]

 

 Benda ni,in
my humble opinion,lebih kepada peperangan melawan diri sndiri.Even dalam hadith
pun ada cerita,satu hari Rasulullah dan sahabat baru balik daripada
peperangan.Then Rasul kata ‘ketahuilah kita baru balik daripada jihad yang
kecil menuju ke jihad yg lebih besar’.Para sahabat pun tergezut la.”Mak ai,Ya
Rasulullah,yang perang tadi tu dah tikam menikam bunuh membunuh tu jihad kecik
je ke?Apekah jihad yang lebih besar itu ya Rasulallah??”(of cozla lafaz dia
lain kan takkan sahabat cakap
cmtu kot,yg penting makna sama :P) Then Rasul jawab ‘Itu ialah jihad melawan
an-nafs(nafsu).

 

 So kt
sini,it goes without saying that apa2 pun keadaan kita sekarang,tengah main
bola ke,tengah masak meggi ke,tengah baca blog ke,our mind or rather heart
sentiasa berada dalam keadaan ‘berperang’ utk make decisions that would
determine the way our life goes.Konklusinya,buatlah pilihan yg terbaik dan
memberi manfaat kepada diri dan org lain.

 

p/s klaula aku jadi doc dlm kes besi tu,aku akan check dua2
patient carefully,then solat istikharah,baru pilih sape yg akan aku move.Does
this sound too unrealistic? ;)